Sabtu, 11 April 2015

hiasan bilik menarik

TIPS :: Dekorasi warna dan idea bilik tidur menarik dan romantik

bagi aku biLik dan ruang tamu sama penting.. 
Jangan hanya biarkan ruang tamu dihias cantik untuk tatapan tetamu...
bilik tidur juga perlu menarik untuk diri sendiri dan pasangan...
tak kira samaada bujang dan lelebih lagi yang dah berkahwin...


bagi aku biLik bukan sekadar untuk tidur...
tapi untuk merehat kan diri..
biLik terkumpuL 'segala rahsia'..
jadi jangan lar biarkan biLik tu jadi sekadar tempat untuk tidur dan bersalin pakaian...
atau stor tempat simpan barang...
[semata2 nak biarkan ruang tamu cantik.. segale barang2 lain bersusun dan disimpan dalam biLik tidur..jika terpakse pon.. cari lar ruang storan yang lebih sesuai dan tidak mudah tuk dilihat]


aku nak kongsi tips mendekorasi bilik tidur agar nampak lebih cantik dan menarik.


1] cat bilik dengan warna2 menarik. trend sekarang lebih kepada warna2 poLos :: putih, coklat dan cream . warna2 ini akan menjadikan biLik lebih warm dan redup. Atau pilih sahaja warna2 yang diri sendiri suka agar senang mata nak memandang. 
jangan piLih warna2 terang seperti merah terang atau orange.. 
penggunaan warna memainkan peranan penting pada mood semulajadi manusia.


warna2 seperti PINK atau purple akan menaikkan mood yang lebih romantik lelebih lagi untuk orang yang baru berkahwin.






2] piLih perabot yang bersesuaian dengan konsep yang diinginkan. Pastikan katil dan meja sisi ditempatkan di ruang yang sesuai. [elakkan meletak katil bertentangan dengan pintu masuk lebih2 lagi jika pintu tersebut menghadap ruang tamu]
ia bergantung pada keLuasan bilik.
TIPS semasa memilih dan mahu membeli perabot :: 
 - pastikan saiz perabot bersesuaian dengan ruangan bilik
 - piLih almari yang mempunyai ruang storan yang lebih fleksible dan luas. 
   [jangan masukkan 2-3 biji almari berlainan dalam sesebuah bilik]

3] matchkan warna langsir dengan warna dinding[feature wall] dan juga cadar.
jika biLik kecil pilih langsir oLos atau dengan corak motif yang lebih keciL.



4] jika ingin memasang wall paper pada dinding biLik, pilih kemasan yang lembut ringkas dan elakkan corak terlalu sarat dan hanye akan menjadikan suasana kamar menjadi sesak dan tidak menarik.

contoh :: warna gold dan silver akan menjadikan ruang lebih nampak mewah


5] jika mahir dengan penggunaan warna, bilik akan nampak lebih ceria dengan konsep bewarna warni. Namun, jika salah memiLih, akan membuatkan biLIk bertambah sempit dan serabut. Lebih2 lagi jika biLik berada dalam keadaan bersepah..!!

biasa nya warna2 sebegini sesuai untuk bilik tidur kanak2 agar lebih ceria.



6] penggunaan cadar  yang sesuai. piLih kemasan yang lembut dan ringkas serta elakan corak terlalu sarat kerana akan menjadikan suasana kamar menjadi sesak dan tidak menarik.
contoh warna pilihan :: polos/warna natural




jika bilik tidak ada air-cond, jangan sesekali gunakan cadar jenis satin atau yang jenis berkilat2.. cantik dipandang.. tapi jika salah pemilihan akan membuatkan tidur korunk tak kana lena sepanjang malam dek kerimasan dan kepanasan..




7] untuk biLik lebih 'selesa'.. letak bau2 yang nyaman.. kalau tak rajin nak bakar lilin selalu.. korunk ley guna auto spray yang banyak jual kat market tu... selain masa nye boLeh dilaras mengikut kehendak.. biLik akan sentiasa wangi pada bila2 masa....


8] nak kesan dramatik..?? jangan Lupa gunakan letak kan lampu pada side table katil untuk pencahayaan katil yang lebih tenang dan lembut dan santai...








9] sesekali guna dan bakar lilin beraroma. tapi pastikan ianya dikawaL... lelebih lagi kaLau mengunakan kipas ceiling...jangan pulak di sebabkan mahu mood romantik rumah korunk pulak terbakar...
penggunaan lilin juga kadangkala bilik akan menjadi 'panas' dan lebih berbahang....!
namun bau aroma semulajadi akan membangkitkan mood yang tenang. piLih bau yang sesuai.






1o] jika dinding kosong dan poLos letak sedikit hiasan deko yang menarik seperti frame bunga atau gambar perkahwinan diatas kepala katil atau tempat yang sesuai. frame besar akan menjadi titik tumpu untuk sesebuah biLik. namun jangan letak disekeliling biLik lebih2 lagi pada bilik yang keciL.










11] PALING PENTING :: bilik jangan dibiarkan tak berkemas dan besepah..!! kalau perabut ribu riban pon.. n kaLau dah dihias cantik pon.. namun kaLau baju berterabur dan cadar tak dikemas.. tetap akan jadi tak cantik..!! 

hiasan bilik simple

Assalamualaikum...
Di atas permintaan UmmiKami dan untuk semua yang mempunyai anak remaja, entri kali ini memperlihatkan idea rekaan dan susun atur bagi bilik untuk anak remaja bujang dan dara anda. 

Penting bagi anda untuk mengasingkan tempat tidur bagi anak lelaki dan perempuan. Sebagai umat Islam, kita telah di perintah untuk mengasingkan tempat tidur mereka seawal usia 10 tahun berdasarkan sabda Rasulullah, "Perintah anak kamu bersembahyang bila mereka berusia 7 tahun, jika mereka ingkar sehingga berusia 10 tahun, maka pukullah mereka. Juga pisahkan diantara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur."  Hadis riwayat Al-Hakim dan Abu Daud.

Jika rumah anda kekurangan bilik...pastikan anak perempuan di beri keutamaan untuk memiliki bilik sendiri. Anak bujang mungkin boleh menggunakan ruang tamu sebagai tempat tidur, tapi berilah juga keselesaan buat mereka agar tidak terasa terpinggir.

Pengasingan penting bagi memelihara keharmonian dan maruah ahli keluarga. Ia juga mendidik anak-anak tentang akhlak dan batas pergaulan antara ahli keluarga agar tidak terjadi sesuatu perkara yang negatif. Bilik juga merupakan tempat untuk simpanan barangan peribadi dan berharga.  

kreativiti bilik remaja
Rekaan dan susunan yang minimal dan sederhana sesuai untuk bilik 
anak remaja anda. Mudah untuk dikemas dan selesa.

Rekaan dan susun atur serta perhiasan bagi pilihan yang saya paparkan di sini tidaklah terlalu feminin dan ekstrem...ianya sesuai untuk lelaki mahupun perempuan. Saya tidak menggemari hiasan yang terlalu sarat dan berwarna warni. Anda nikmatinya dan mungkin diantaranya menarik perhatian dan membuahkan ilham untuk bilik anak remaja anda...

kreativiti bilik remaja
Katil, almari pakaian, rak buku dan meja belajar merupakan keperluan 
asas bagi sebuah bilik untuk remaja anda. Rekaan ini menysun atur dan
 menggunakan ruang terhad dengan baik sekali. 

kreativiti bilik remaja
Untuk anak-anak sesama jantina tidak menjadi masalah jika di tempatkan
dalam satu bilik. Rekaan ini tampak sesuai serta menarik.

kreativiti bilik remaja
Untuk bilik yang bertemakan warna, mungkin rekaan ini sesuai untuk anda.
Kemas dan menenangkan.

kreativiti bilik remaja
Khas untuk anak bujang anda, ruang sudut di dalam rumah anda boleh  
diambil sedikit ruang untuk dijadikan sebagai ruang peribadi untuk mereka.

kreativiti bilik remaja
Satu lagi pilihan rekaan untuk anak bujang anda yang tidak 
mempunyai bilik sendiri. Ianya tampak kemas dan tersusun sekali,

kreativiti bilik remaja
Jika anda tidak sukakan katil boleh ubah, rekaan ini dapat memenuhi
citarasa anda. Ianya dapat menjimatkan ruang dan memberi keluasan 
ruang kosong yang maksimum di dalam bilik anak anda.

kreativiti bilik remaja
Rekaan yang mementingkan keperluan ruang kosong yang luas di dalam bilik.
Nak sembahyang berjemaah pun selesa.

kreativiti bilik remaja
Satu lagi pilihan rekaan yang sama seperti sebelum ini.
Ianya memberi impak visual untuk menjadikan bilik kelihatan luas.

kreativiti bilik remaja
Rekaan untuk bilik yang hanya punya ruang terhad. 
Ringkas tetapi memenuhi segala keperluan.


kreativiti bilik remaja
Ruang bilik yang terhad tapi boleh menyediakan tempat selesa untuk
tiga orang dengan keperluan asas yang mencukupi. Rekaan yang kreatif.

kreativiti bilik remaja
Bilik yang perabutnya tersusun rapat di satu arah. 
Satu teknik susun atur yang dapat memberi lebih ruang kosong di dalam bilik.

kreativiti bilik remaja
Ruang bilik yang terhad perlu bijak dalam penyesuaikan perabot dan
susun atur. Cara terbaik, gunakan ruang atas. Seperti rekaan ini yang
mengeksploitasi ruang untuk melengkapkan segala keperluan tapi
tetap selesa dan menarik.

kreativiti bilik remaja
Satu lagi rekaan yang ringkas tapi praktikal untuk sebuah bilik yang sempit.

kreativiti bilik remaja
Bilik dengan hiasan dan kemasan yang ringkas tetapi menarik 

kreativiti bilik remaja
Satu lagi contoh hiasan bilik dan bertemakan warna oren. 
Pemilihan warna penting untuk membangkitkan emosi dan mood.
Pilihlah mengikut warna kegemaran mereka bukannya warna kegemaran anda.

Sebenarnya anak-anak remaja ini tidak sabar untuk memiliki bilik mereka sendiri. Mereka mahukan privasi. Lengkapkan bilik mereka dengan keperluan asas. Biarkan mereka sendiri membuat pilihan hiasan dan warna. Anda berikan nasihat dan tunjuk ajar dalam pemilihan jenis, rekaan dan susun atur perabot. 

Semoga anda mendapat serba sedikit manfaat dan ilham untuk menghias bilik anak remaja anda. Nasihat saya...jangan terlalu padat dengan barangan, pastikan keluasan bilik sebelum membeli perabot dan sebaiknya mulakan dengan lakaran. 


Sebagai orang Islam, pastikan juga ada ruang untuk bersembahyang. Anda janganlah syok sendiri pula..Pastikan penglibatan anak anda dalam menghias, memilih dan menyusun juga... Inikan bilik untuk mereka, istimewa buat mereka  :)

petua umar al khattab
Ajarkan dan biasakan anak anda berdoa dan bertafakur sebelum tidur. 



Read more: http://relakssminda.blogspot.com/2013/03/kreativiti-bilik-tidur-untuk-anak-remaja.html#ixzz3WTyNypnI
Original article: relakssminda.blogspot.com
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
Follow us: @relakssminda on Twitter | RelaksMinda on Facebook